Reminiscence pasal PLKN~

soundtrack~ klik kalo nk dapat feel sambil baca~ jangan kisah sangat lirik dier..

Masa aku tulis blog nie [2 Mac 2010], beberapa hari sebelum setahunnye aku tinggalkan PLKN, aku teringat balik segala kenangan sewaktu kat PLKN [eceh, jiwang lak~!], sumer nye happy, sikit jer yang wat aku sakit ati..

Sumernye bermula kat sini.. [kebanyakan cerita berdasarkan ape yang aku ingat dan apa yang aku catat sikit-sikit kat buku.. bukan diari..]

start aku nampak papan besar ni aku rase teruja giler nak masuk kem nieh. kem ni kecik jer, tak macam kem lain.. sumernye besar-besar.. besar sangat nak watper? time daftar dulu gila panas, tak tau nape.. sebab hutan kot? ntah? macam-macam benda nak kena buat time daftar tu.. naik turun bukit, carik bilik yang takde tanda, sumernye serabut.. sape duk Kempas 2 skali ngan aku dulu? susah kan nak cari bilik kite? haha.. dengan kuasa tuhan yang maha esa, Dia turunkan hujan time panas terik tu, sume seronok abes.

time kat PLKN, sumer benda aku cuba, tak kira kat kelas [kelas apa ek?], aktiviti, semuanya kecual TTS [Tempur Tanpa Sejata] sebab malas nak buat kekuda dan skill lain ntah.. lagipun time aku masuk PLKN tu betul2 lepas abes SPM, takde tension sangat nak pikir result aku kantoi, nak msuk U maner.. takde.. sume buat sukati cam budak kecik. jalan-jalan pegang cawan main cam walkie-talkie tiru cam jurulatih.. baring kat tengah jalan waktu semua orang kat keliling kita.. berenang kat atas jalan [haha, tu yang kena denda.. sori pada yang terase..].. main bola tampar cam orang bodo.. katenye main ikut nafsu, pukul kuat sesuka hati, dan lain lagi.. nak cakap tu memang banyak, dah takde kerja, buat jela sukati biarpun dalam kawalan jadual.. time balik tahun baru cina tahun tu lah paling buat aku serabut nak balik.. kalo yang berkenaan tahulah..

aktiviti ape yang best bagi aku? haha~ Senam Seni~ senam seni ni macam satu tarian tapi dalam bentuk senaman.. best tu memang best tapi latihan dye yang banyak giler tu buat aku rasa pergerakan aku jadi lembut lak.. tapi bukan jadi bapuk! badan aku rase cam ringan jer time jalan, lenggang lenggok.. haha, tu sumer giler..

geng senam seni

ade yang lain cam kembara berhalangan.. aku sume okay sampai monkey bar.. aktau nape aku kantoi kat situ? tangan tak cukup kuat kot? ahh.. lantaklah.. yang penting tu semua aku lepas kecuali satu tu..

kalo nak kate yang aktiviti tali tinggi tu kat kem kitorang tak jadi buat, semuanya akibat ribut yang mengganas kat kem kitorang.. aku inga lagi time tu, 28 Febuari, time aku derma darah, bebudak lain buat latihan first aid.. ade satu bilik hancur kena hempap dahan pokok.. nasib baik takde orang kat bilik tu time tu.. bilik ape aku tak ingat. tapi hari tu jugak aku nyaris mati sebab waktu tu ade satu pokok kat sebelah bilik yang aku tido waktu tu [Gumum] tumbang kat arah bertentangan daripada bilik tu.. nasib baik.. kalo dye hempap bilik tu.. takdenye aku buat post ni..

yang ni aku tak ingat bilk ape yang aku tau Cikgu Loh duk kat sebelah bilik tu..

selain tu, aku kat sana boleh tahan gak lah menyibuk kalo ade lakon-berlakon nie, saja cari pengalaman.. setahu aku aku ade terlibat dengan cerita 'london boy' kat kelas sebagai watak utama [thanks kat sumer group aku time tu.. biarpun jadi benda lain kat ending cerita tu..], teater pasal keganasan manusia [kalau tak salah aku dia cerita pasal israel] yang di-conduct oleh orang Istana Budaya, dan Sejarah Melayu Melaka waktu pagi hari penutup kem. waktu tu aku ambik 4 watak: sultan, orang kampung, askar ,melayu dan pembesar [giler, dah jadi sultan pastu pembesar lak]. tak tau la kalo ade lagi watak lain, aku dah tak ingat dah.. lagi satu pentomin waktu persembahan malam gala .. waktu tu aku ambik watak sebagai tayar yang kelakar .. haha.. giler..

salah satu scene yang aku berlakon dalam teater pasal keganasan manusia.. aku yang terbaring tu..

sebelum aku lupa, kitorang sempai buat satu jer aktiviti air, berenang.. best gak tapi serabut.. berenang pakai kasut? aku yang tak reti berenang ngan kaki ayam pun susah, ni pulak pakai kasut.. aku nyaris kena benam kat tasik ngan cikgu Jeton sebab berenang merapu sangat asyik ketepi jer.. hehe..

muka-muka yang tak sabar nak kena humban dalam tasik

lagi? semestinya yang semua bebudak PLKN mau.. Menembak~!! selepas berlatih camner nak guna, jaga, dan sebagainya barulah kitorang leh menembak. senjata yang kitorang dapat cuma M16 dan 20 peluru hidup tak salah aku. semua orang dapat peluang keemasan nieh, sapa tak suka? sapa yang dapat markah terringgi dapat hadiah. setau aku orang yang dapat markah teringgi 89 kot? aku cuma dapat nombor bertuah jer.. 21.. mane taknye? starting je dah tembak papan sasar orang.. tapi ok lagila daripada menembak papan nombor.. haha, klaka betul..

Afiq [ustaz] ngan doule M16..

Khidmat komuniti? yes~!! time tulah kitorang dapat keluar daripada memerap kat dalam hutan yan seba kehijauan tu [sorry kepada yang tak berpeluang].. aku group apa eh? 9 kot..? tak kisahlah apepun dan setau aku group aku ade pergi memacm tempat daripada hospital sampai kem tentera. kat kem tentera kitorang dapat tengok segala kenderaan yang tentera guna sekiranya ada perperangan.. dapatlah gak merasa duduk kat semua trak, kereta kebal ngan kereta perisai..

nampak? nilah buktinya aku asyik hepi jer kat PLKN..

yes~ bab cinta or jiwang? mesti ada~!! tapi aku xde.. ahh.. sebab kes nilah aku dapat pengajaran supaya jangan gelabah dan cepat sket bila dapat target.. memandangkan takdela sangat cerita aku pasal ni, kita skip je eh?

time balik yang buat aku touching sket nie.. aku ingat lagi lepas kitorang abis malam gala kitorang sumer menangis nak berpisah.. wey, sape tak nangis time nak berpisah? yang aku ingat time tu kat bilik Kempas 2, kitorang wat parti abis-abisan.. nak ade kenangan lah konon.. tapi aku yang kena banyak~!! semua taknak tido konon nak abiskan mase memasing.. tu cadangan jer, sume tido lepas makan..

time paling touching lagi time nak blah naik bas.. sumer berpelukan laki perempuan.. sesama jantina lah.. semua duk sain baju sesama sendiri termasuk aku, bertukar-tukar nombor telefon dan sebagainya.. huh, memang touching.. selepas semaunya naik bas dan turun je daripada bas, semuanya berpisah mengikut hala tuju memasing..

p/s: weh budak delta [polaris], apa cerita korang sekarang?

in memories: all PLKN Tasik Chini Resort Kump. 1 Siri 6 2009.. especially bebudak Delta..

antara gambar yang aku dapat snatch daripada orang lain.. kebanyakannye ada kaitan ngan aku, so sorryla kalo gamba korang takde..

wira-wira Delta

Yasir ngan Fendi

Shafiq "midu"

yasir, fendi ngan afiq "chong"

antara member group aku time khidmat komuniti

yasir.. roomate aku kat Kempas 2

afiq "chong".. kitorang dah macam adik beradik dah kat situ.. asik buat kelakar sesame.. kitorang berkenalan pun atas sebab yang tak disangka..

achik.. member sekelas aku..

gambar ni antara shot yang paling aku suka.. ni gambar aku ngan salah satu kembar Tan..

aku ngan Muizz.. Aku cikgu die, die cikgu aku.. kiteorang ajar kelebihan kitorang sesama sendiri..
bergambar kat bawah trak.. dari kiri: Aku, Lan, Jannah ngan Ima..

0 comments:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

cre-a-tor

My photo
Male/ Mara Professional College in Higher National Diploma [Computer Software Development]

shout-vending Machine


ShoutMix chat widget

Reader tracks~


1Blogger Community

rezzaeffendi's Profile on Ping.sg 

Followers